Samsung telah mengumumkan secara rasmi Gamepad untuk telefon Android mereka yang pernah diwar-warkan sebelum ini.
Pertama kali ditunjukkan pada umum pada pelancaran Samsung Galaxy S4, Gamepad ini kini tersedia untuk pasaran Eropah dan dikatakan akan menyusul untuk pasaran lain ke seluruh dunia dalam masa beberapa minggu dari sekarang.
Bersama pelancaran ini juga dilancarkan aplikasi ‘Mobile console’ untuk menyokong alat ini. Sesuai digandingkan dengan peranti dengan versi Android 4.1 ke atas, ianya terhad untuk peranti dengan saiz skrin maksimum 6.3 inci.
Walaubagaimanapun ianya dikatakan dioptimasikan untuk peranti Samsung. Sambungan kepada alat ini adalah melalui Bluetooth. Jika anda mempunyai kabel HDMI, anda juga boleh merasai pengalaman bermain seakan konsol dengan memaparkan gambar di televisyen anda.
Setakat ini permainaan video yang menyokong sepenuhnya Gamepad ini adalah Need for Speed Most Wanted, Asphalt 8: Airborne, Modern Combat 4: Zero Hour, Virtua Tennis Challenge dan Prince of Persia : The Shadow and the Flame dan dikatakan senarai ini akan bertambah pada tahun hadapan.
Senarai negara yang akan turut dipasarkan alat ini seterusnya tidak lagi didedahkan oleh Samsung.