Isteri kedua Asyraf Muslim.
Aku rasa ini senario biasa kot yang akan dialami oleh mana2 wanita yang...
1. Menjadi isteri kedua yang terpalit kontroversi. Lainla nikah macam Salih Yaakob tue. Dalam kes neh, dorang kahwin secara rahsia dan kantoi.
2. Menjadi perampas suami orang, macam kes Nora Danish-Fasha Sandha, Abby-Memey. Pun begitu orang ramai yang panas2 ahti dengan kedua2 isu tersebut masing2 boleh relax la. Pasal yang terlibat pun dah berbaik2 antara satu sama lain siap bahagia dengan pasangan baru. So tak mustahil juga dalam kes Dayana-Wan Sakinah- Asyraf Muslim boleh berbahagia bersama2 kelak. Take it easy oke.
Benda neh bermula sebab Wan Sakinah dikatakan mengatal upload gambar perut. Dengan berpakaian ketat lagi. Maka semakin kencang la mereka mengutuk. Bagaimanapun gambar tue dah diremove dari Instagram Wan Sakinah. Boleh je kalau kita search google. Memang jumpa punya la gambar tue. Tapi aku malas nak upload. Dah tuan punya badan pun dah remove, maka kita hormati aje la pendirian dia.
Wan Sakinah selaku isteri kedua, mengandung anak sulung dikatakan tidak memahami sensitiviti Dayana, selaku isteri pertama, meskipun Dayana tak cakap apa2 pun. Yang marah neh pihak2 yang sakit ahti dengan tindakan Wan Sakinah yang merampas laki orang.
Baca komen2 dorang. Memang pedas la wa cakap sama lue.
Che Cha Sbg isteri wan sakinah nk bgtau kehidupan bahagia dia skrg.tu mmg bagus..realitinya...bini no 2 tetap dianggap sbg perampas n tetap dipandang x elok...wanita yg baik x akan lukakan hati wanita lain...wan sakinah..pls take note...
Sofia Mohd Gambar yang tayang perut tu....simpan untuk kamu berdua jer....islam x ajar buat mcm ni.Asyraf Muslim?????
Naemah Bt Ramli Mmg pun jodoh sakinah nie dgn ashraf da ditentukan, tp tolong laa jaga hati isteri 1st dayana.. cian kt dia, subhanallah sabar sungguh dia...na tunjuk2 babybump pun agak2 laa smpai cmtu skali..
Nor Ain kta ashraf tu alim sgt..xreti ke hukum agama..dh kawin bnyak sgt xreti nk tgur bini..aurt bntuk bdn nmpk cmtu.jdi tyngn free umumm
Hidayatul Akmal Nordin Menjelekkan perangai bini ustaz mcm ni....xtahu menjaga senitiviti madu...bersyukurlah sekurang2nye dayana dh boleh redha atas ujian ini...ko xyah tergedik gedik sgttt lah...
Suhana Yeop Anna Dok baby bump pa asss smpi melentik mcm 2.....nk bump prot ka nk bump tut kaaa...apa la pompuan ni....klo ya pun excited nk tunjuk kt madu kata ang pregnant...x pyh la smpi pose mcm 2.....aurat tu jaga....ashraf x bgtau ker???mcm mana nk jg aurat
Endlene WhiTe Allahuakbar...ni lah perbezaan sikap dan akhlak antara mereka berdua..bernikah dua tiga empat tak salah disisi islam tp yang salah bilamana kita melebih2 kan isteri yang ada sedikit kelebihan dr isteri yang pertama mahupun isteri kedua...madu kena pandai jaga hati satu sama lain..jangan sampai suami masuk neraka krn tidak dapat berlaku adil kerana desakan dr mana2 isteri..
Azlin Rahim Hurmm tau la ko excited sbb nk timang anak x lama lg tp sekurang-kurangnya jaga la hati dan perasaan madu ko jgk..kesian dia apalah perasaan dia bl tgk mcmni...
Haziqah Shukor Geli btul tgk gmbr ni..uwekkk..ashraf x sdr diri..awk tu pndakwa, tnjuk la cth yg baik pd msyrkt..to ashraf, you lnsung x lyk jd pndkwa..sakina pls bhve yourself..
Ryani Azam Sabtu 25.1 aku g ampang puteri bhgn emergency sbb anak sakit. Tgh tunggu turn tu tetiba ternampak si AM ni dgn dayana baru kuar dr bhgn kecemasan. Muka si AM mcm bengang je. Muka dayana lak mcm bersalah..pastu diorg duk la kat pintu luar tu sambi bincang ape ntah. Aku usya2 sambil psg telinga saje kepochi nk tau ape hal kan..tp mmg si AM ni menyinga je dkt si dayana.xde senyum xde ape. Ckp sambil peluk tubuh. Dayana lak jwb slow2 sambil tunduk2. Mmg kesian tgk dayana ms tu. Xtau la apa kes kan sbb diorg ckp slow. Dlm 15min jugak si AM ni mcm 'marah' kat dayana. Pastu AM panggil kwn dia yg tgh tgu kat kusi bhgn dlm emergency tu pastu blah. Then aku nmpk dayana masuk blik emergency sorg2. Dlm 5-10min tgk dayana kuar pimpin tgn mak dia. Maybe mak dia la yg sakit kot..si AM dh hilang ntah kemana. Tinggal dayana je la urus mak dia sorg2.pastu x tau la apa ending of the story sbb turn aku jmpa doc. Mmg si AM tu hensem kat luar..tp xguna muka hensem perangai ntah pape...
Rohana Ayong Tapi memang nampak sangat si Asrap nie melebihkan sakinah berbanding dayana ..salute dayana orgnya low profile suka tengok wajahnya penuh kelembutan hebatnya hasil didikan ayah ibu ...nak kata sakinah nie jauh langit dr bumi memang over showup walaupun terexited sbb baby sulung perlu peka dgn dayana, prihatin, jgn terover ..si Asrap pun x peka x nasihat isteri auratnya dah jd tontonan public ..hurm ..risau jugak dgn usetaz jadi2an depan tv proom prammm ..belakang tabir indah kabor dr rope ...
Junaidah Nadzri Sepatutnye dia dh tau dia bini no2 x payah la nk tayang2 aksi romantik2 tu.. dh sah2 ko kena jaga hati isteri pertama dia.. ramai aje y jd no 2 tp hormat isteri tua x tayang2 y ko dh rampas laki orang. . Tgk aje zarina zainuddin.. semua tau dia isteri no2 tai hormat n jaga hati isteri tua... ni tak pasal2 ramai doa buruk kt ko.. sendiri mau ingat laa klu byk sgt org doa buruk kt ko jd benda buruk la kt ko ye puan wan sakinah. Mr asyraf tolong ajar isteri muda cara2 hormat n jaga hati dayana isteri awak sorang lagi. Semua doakan dayana cepat2 mengandung. ..amin
Ini baru sikit aje aku paste. Tak larat nak paste. Banyak woo yang kutuk Wan Sakinah. Dah 600 lebih ketika thread ini ditulis. Yang bekap pun ada. Tapi mostly semua menyampah la dengan si Wan Sakinah tue. Mungkin disebabkan respon nya lebih kepada negatif berbanding positif maka Wan Sakinah tampil memberikan penjelasan.
Bacaan
SUSULAN memuat naik gambar 'baby bump'nya di akaun Instagram sehingga mendapat pelbagai negatif reaksi masyarakat, isteri pelakon Ashraf Muslim, Wan Sakinah tampil menjernihkan keadaan.
Menerusi akaun Instagramnya, Wan Sakinah menafikan dirinya mahu “show off” atau menunjuk-nunjuk kepada masyarakat tentang kehamilannya itu.
Sebaliknya Wan Sakinah menjelaskan bahawa beliau hanya sekadar berkongsi rasa teruja dengan kehamilan pertamanya itu.
"Salam untuk sahabat, stalkers dan haters. Maaf pasal gambar yang menayangkan gambar perut saya itu. Terlalu teruja tengok perut boyot, itu yang membuatkan saya memuat naik gambar tersebut.
"Bukan niat untuk show off bagai. Saya tahu orang lain pun mengandung juga, tapi sebelum ini pantang naik perut sikit terus pergi gim, joging la dan sebagainya.
"Tapi sekarang rasa lain, apabila dah mengandung dan lihat perut membesar perasaan teruja sangat. Masa makan pun tak kira, asal lapar makan. Lagipun sebelum ini orang kata perut saya kecil, jadi bila hampir tujuh bulan dah besar dan dalam gambar lagi besar. Disebabkan itu saya muat naik," katanya.
Mengakui salah dalam hal ini, Wan Sakinah bagaimanapun memberitahu beliau tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa mengenai kehamilannya itu.
"Saya mengaku salah, tapi tak ada niat pun untuk sakitkan hati sesiapa. Apa pun, terima kasih atas teguran. Saya dah padam gambar itu.
"InsyaAllah tak akan berlaku lagi memuat naik gambar bukan-bukan. Saya harap anda semua doakanlah kebahagian kami bertiga (Dayana, Ashraf & Sakinah). Doa anak yang bakal dilahirkn nanti jadi anak soleh dan solehah, yang sihat tubuh badan, cergas akal fikirannya," jelasnya lagi.
Wan Sakinah. Ko sebenarnya boleh bermimpi. Sejak ko kahwin dengan laki orang, kahwin pula secara kontroversi, ko sebenarnya dah tempah jalan untuk dibenci. Ini memang situasi normal di mana2 negara yang amalkan poligami. Apa boleh buat. Dah kahwin dengan laki orang pandai2 la tanggung risiko.